Thursday, January 29, 2015

Ceritanya Pulak

Salam Jemahat,
Salam kepishangan.

Topik kali ini adalah kaitan dengan Doa dan permintaan..Hati2 dengan apa yang kita inginkan..ini rentetan kisah Pendekar Kasih Sayang..mafhumnya..

"....Pernah waktu dulu tatkala jiwaku dirundung lara bak Garuda melanggar Langkasuka aku telah meminta kepada yang Esa..demi memujuk hati yang berkontangan..mengubati kekecewaan setelah tewas dalam perjuangan perang cinta..untuk terus berdiri..berlari dan berada disini..

Pintaku agar dikebalkan hati sepejal tembok keluli yang terkunci rapi..yang kuncinya telah ku campakkan ke Lautan Andaman yang penuh misteri..agar tiada siapa berani atau mampu mencarinya lagi..pada masa yang sama telah ku corakkan kata kunci..

Ku pohon agar anak gadis atau wanita yang benar2 hebat saja mampu membuka kunci itu dan mencairkan hatiku..

Setelah beribu hari..beratus purnama..aku hadapi hari2 mendatang tanpa tergugat..tiada siapa mampu menembusi kekebalanku ini..hingga aku hilang rasa sangsi..

Namun tak terduga olehku seorang anak gadis yang amat biasa telah menggoncangkan jiwaku..ya..amat biasa..runtuh kota keakuan yang ku pasak dengan kekebalan itu..musnah perisai yang aku ciptakan demi menjaga hatiku ini..

Bila ku tilik dan tenung..ya..sesungguhnya wanita muda ini amat hebat..seperti yang aku damba ketika kunci kota aku benamkan ke jurang laut yang amat dalam..aku dah jumpa akhirnya..bertemu jua tak tersangka..

Namun malangnya..kesilapanku meminta dahulu..agar ditemukan dengan Sang Pembuka Kunci..hanyalah jatuh hati padanya..bukannya meminta agar sama2..

Telah ditemukan aku dengannya..jiwa meronta2..namun dia?

Luruhlah perisai jiwa hingga mudah aku ditewaskan..hanya jentikkan anak kecil yang belum bercerai susu pun sudah mampu menumbangkan aku..begitulah lemah aku jadinya..

Namun ku redha dan hadapi semua.dicurahkan kasihku walau belum kasihnya padaku..moga suatu masa dihari bahagia ku hulurkan tanganku dan dia terima.."

Haa..itulah yang terjadi pada Pendekar Kasih Sayang sekarang ni kalo korang nak tau..padan muka..silap mintak..yang pegi mintak hati terbuka wat ape..dah terbuka pada orangnya..tapi hati orang tu belum untuknya..sabar ye..ada lah nanti tu..org dah berpunya takkan kau nak uja..walaupun tak kira dah salah ke tak bila bab hati dan perasaan..tapi sabar itu kan kuncinya..

#Dapatkah dia menawan hati penawannya? Kita saksikan perjalanan episod cintanya Pendekar Kasih Sayang..

Si Bodoh

Salam getaran rasa dijiwa,

Sesungguhnya tatkala aku menulis coretan ini hampir seluruh ragaku bergetara..dan jiwaku bergelora..berbaur semua rasa dan perasaan.

Semalam. Gelaranku dilucutkan menjadi Si Bodoh. Ramai kenalan, teman2 dan sahabat yang perihatin bertanya kenapa begitu. Aku tiada jawapan yang sesuai untuk teman. Sungguh.

Mungkin ada yang rasa diri menjadi penyebab. Aku tegaskan yang sebenarnya timing kamu saja kebetulan..kerana memang keadaanku seperti si bodoh..

Ada baiknya aku menjadi Si Bodoh..bodoh yang boleh diajar..kerana pandaiku dulu boleh diikuti..

Aku hargai gelaran ini kerana mengingatkan aku yang aku ni bodoh..dan perlu belajar lagi..dan belajar segalanya..belajar setelah ku tak punya perisai lagi..

Aku mulai sedar yang aku ni banyak sangat benda yang tak tahu..sangat banyak..teramat banyak..kata orang pahang banyak yak amat yah..

Rupanya keyakinanku dengan diri selama ini terlalu tuli..yakin tanpa ada pengetahuan yang sebenar dan rahsia.. main redah je..bodoh betul..

Bak kata pepatah.. "masalah dunia yang terjadi pada hari ni adalah akibat dari - orang yang pandai terlalu banyak ragu dan orang bodoh terlalu yakin"

Aku menjadi si bodoh kembali kerana ingin belajar dan pelajari banyak benda dan rahsia..agar aku kelak jadi pandai semula..

Tunggulah aku pandai nanti..

Ah..hilang sudah getaran tadi..dah boleh berhenti menulis..adios.

#tunggulah aku pandai nanti..
#tunggu lah

Sunday, January 25, 2015

Cerita Dia

Dalam sebak kerinduan Jejaka Lindungan Bercerita..

Setelah sayap-sayapku patah aku sudah tidak mampu terbang ke langit dimalam hari..apatah lagi untuk melukis langit dan merangkai awan..awan mendung..

Kini aku bukan lagi orang sakti yang mampu menggapai awan..hanyalah puing jasad yang terlantar..masih belum mati..setelah pemergian Sang Dewi.

Terdetik dihatiku apalah ada pada nama jika tidak mampu berbuat apa-apa bila kasih yang dipuja pergi meninggalkan. Rohku bagaikan melayang tak kembali. Apalah upaya sekadar manusia biasa walaupun punya kesaktian yang dipinjamkan sementara oleh yang Esa.

Langkahku longlai setiap tapak..walaupun ada taik ayam didepan tetap tak dapat dielak..cuba pun dielak tetap terpijak..hinggakan baunya menusuk hidung mengembangkan kerongkong berakhir perut senak.

Urat dahi mengembang..kepala berdenyut..dada lelah menghembuskan nafas yang ampas..sinar mata mulai pudar walau masih tajam menembusi ajna..tapi tidak mampu lagi melihat sesuatu melainkan yang nyata.

Begitulah hebat terkena bahana mainan hati..beragan jika tak mati..semua itu mesti dijauhi..

Namun..desakan rindu yang membusung di dada telah melahirkan satu jenis kekuatan yang bukan biasa..aku merujuk pada guruku Sang Mentara Perkasa lalu diberi petunjuk kekuatan jiwa agar dapat hadapi semua..

Bagaimana mau berjuang jika kekuatan mula luput bersama tubuh yang makin susut? Dari kejauhan sang guru memberi petunjuk dan petua agar dapat teruskan pejalanan. Dapat terbang walau dengan sayap-sayap yang patah..

Aku tahu aku tidak harus berfikiran buruk kerana takut terlepas apa yang bermain dibenak..kelak menjadi kenyataan akibat amalan Si Pahit Mulut..menyesal tak sudah kalau tidak ditawar dengan Istighfar kepada Yang Maha Kuasa..

Aku mesti merencana sesuatu untuk dapatkan kembali Sang Dewi kembali ke sisi..perlayaran ini masih jauh..maukan ia menjadi nyata haruslah kembali ke alam nyata..

Aku akan mencari sampai kembali ke sisi jika bukan dengan jiwa pun aku akan ke sana dengan jasad nyata.

Apa yang bermain difikiranku bila bersua kelak..apakah penerimaan dia?

Friday, January 23, 2015

Jika Esok Masih Ada

salam pesona,

Getaran jiwa Jejaka Lindungan Bulan hampir melumpuhkan semangat juangnya..inikah yang diamaran Mama suatu ketika dulu?

"Dalam duduk termenung kebingungan mengenang Sang Dewi diperbatasan yang jauh dimata, aku mula terfikir tentang esok. Jika esok masih ada..apa yang aku mau..apa yang aku akan buat..apa tindakan aku..apakah aku masih sama?

Hati mula nak berpuisi denga ritma-ritma puitis..tapi tangan tak mengizinkan..otak yang tak jalan walau aku dah pam dengan nikotin yang banyak..sampai sakit tekak..sampai sesak dada..perit walau tak sepedih azab menanggung rindu.

Kali ni mungkin entri aku macam serius sikit bait-bait dan rasa penuh dengan tekanan perasaan..tapi aku cuba untuk berlagak santai..bukan apa, sengaja aku nak tegaskan perjuanganku dalam situasi ni..sebab gugurlah cinta yang sudah-sudah dan lalu..kemerdekaan aku, Sang Dewi yang ku tunggu..tengok? dah mula ngarut dah..

Jika esok masih ada..pasti aku akan teruskan usaha dan plan aku untuk kejar Sang Dewi..aku dah mulakan langkah pertama menanam modal apungan..tapi esok weekend tutup plak market walaupun kerjaya aku tetap berjalan seperti biasa. kali ni kena wat betul-betul tak leh main-main macam dulu. kalo tak aku kena ceduk telur sendir (tak termasuk pun dalam perjanjian diri)

Jika esok masih ada..mesti la aku nak tatap lagi wajah kesayangan hamba yang terbaru..tak kisah la naik jerawat batu dua ketul kat dahi ke..muka tak mandi ke..air liur basi berkuping kat pipi ke..aku tak peduli..asalkan dapat tengok walaupun jauh dari nyata..sedangkan wajah Puteri Bangsawan Bunian Bertiga pun boleh tengok tanpa muncul depan muka..apalah sangat wajah Dewi Malam yang bukan depan mata.

Jika esok masih ada..suaranya aku pinta menjadi halwa telinga..aku tak kisah la nyanyi macam katak ke bunyinya..atau lantunan gemersik serak-serak basah bak Ella menyanyikan lagu Ratuku dari Awie..
biar jembreng sekalipun aku tak kisah.. asal aku dapat dengar suara dia hari-hari..buat penawar rindu..yang membusung didada..

Jika esok masih ada..ntah lah tak reti dah nak tulis apa-apa..mungkin siapkan melodi yang tergantung untuknya..melantunkan kidung yang merdu..agar dia tau aku kat sini dah macam anak rusa nani terpinga-pinga..hampir-hampir jadi anak itik tokwi mandi dalam kolam..

Tapi siapa tau apa yang ada esok hari..Sang Dewi juga macam Purnama yang berseri..seperti timangannya Sri Dewi Malam..buatku hilang resah..lenyap segala rindu dalam sukma bila muncul.. cahayanya bersinar buatku terpanah berkhaya hingga terbitnya cinta..tapi sayang sekarang berlindung di balik Sang Mega..

Terlalu jauh..jauh nak digapai..bagaikan awan..bukankah aku menjadi sakti bila awan dapat digapai?

#celaru dicelah bedah masa menulis."

Bisa amat penangan dia..

"...akan ku turut walau dimana kau berada.."

Terngiang-ngiang dalam kepalaku ayat ni..hampir setiap masa bila melihat sesuatu kepunyaannya.

Kadang-kadang otakku berfikir..dah bongok ke aku ni? haha..

Wednesday, January 21, 2015

Pesona Sang Dewi

Dalam sebal Jejaka Lindungan Bulan bermunajat kepada Ilahi..

"Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah ya Tuhanku,
dikejauhan tempat, waktu dan umurku..
Aku memohon kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta rezeki buat kasihku Seri Dewi Malam..
Kau ampunilah dosa2 dia, ibu bapanya..
cukupkanlah keperluan makan, minum dan pakaian dia..
limpahilah kurnia dan Rahmatmu ya Allah..Tuhan yang Maha Agung lagi Berkuasa membolak-balikkan hati semua hambaNya..
sesungguhnya sifat kasih sayangMu mendahului kemurkaanMu..
kasihanilah kami..
Kau lindungilah kesayanganku ini dan Kau kabulkanlah doaku buat dia,
kerana aku amat menyayanginya..
walaupun kasih sayangku tidak seagung kasihMu..
dan dia adalah wanita pertamaku..
jadikan airmata kami yang lemah ini sebagai kekuatan untuk kembali lagi..
sesungguhnya Engkau Tuhan  Maha Pengurnia..
amin ya Rabbal alamin."

Sebak juga bila mendengar rintihan jiwa seorang lelaki yang biasanya dianggap perkasa melebihi kaum Hawa.