Saturday, July 6, 2013

TerSAILANG dek PAILANG

Kadang-kadang kita ni mudah lupa daratan. Selalunya kita mudah over confident. Banyak gadis-gadis ingat dorang manyak cantik, tapi jalan macam itik. Walaupun dah puas berpesan nak perasan. Tapi apa boleh buat bila dah berkisarkan perasaan.

Namum kisah entri haku kali ni bukan berkisarkan gadis-gadis remaja yang kiut-miut, atau wanita-wanita cantik yang sememanya menjadi idamanku, tapi lebih kddpada kaum sejenisku yang rakus bergelar lelaki. Walaubagaimanapun masakan aku boleh tinggalkan para cewek-cewek yang mantop bung..mesti ada gak terselit dan terkepit celah bedah kaum yang lemah gemalai bak daun nyiur melambai-lambai. Mana boleh tinggalkan kaum yang tersohor dengan gelaran peracun kalbu.

Tidak dinafikan bukan setakat wanita-wanita cantik saja yang menjadi rebutan. Malahan tak kurang kuantitinya makhluk bernama lelaki juga menjadi kegilaan remaja masa kini. Sebut je nama Aaron Aziz sume tak kisah kalau dimadukan. Apatah lagi kalau Adi Putra. Ramai wanita kat luar sana sanggup menjandakan bini Adi Putra semata-mata nak sailang. Ape la sangat setakat berkongsi kasih, hatta menjadi skandal sekalipun akak sanggup dik..sumpah tak tipu!

Banyak lagi kita dengar pasal selebriti-selebriti yang terjebak dalam gejala sailang menyailang ni. Ala..lumrah hidup la katakan.. Tu baru je bab artis sailang sesama sendiri, belum lagi artis kena sailang dengan tokoh-tokoh koperat. Lagi dahsyat permainan dia..kisah artis disailang yang kitau cuma segelintir je dari roman hidup masyarakat kita.

Cuba tanya kengkawan anda pernah kena sailang tak? Haku??..err..takpe lah..paham-paham je la..hehe

Semalam seorang temanku mengadu padaku. Bro..koy lara ni..awek koy tak nak dah ke koy..puas koy pujuk..dia tak nak jugak..

Ngape jadi gitu? Tanyaku..

Dia nok ke budok yang naik Satria Neo oren tu..rodong koy jugak..silap la koy bagi dia berkawan..rintih dia padaku dengan nada pilu.

NAH!! Satu cerita yang biasa bila kawan makan kawan. Cerita yang selalu kita dengar member sailang member. Walaupun temanku yang mengadu itu memang seorang yang jambu rebutan wanita, bergaya K-pop kegilaan ramai, andai dia upload video gwiyowinya ke utube pasti hitnya mencecah jutaan viewed..namun malangnya tetap jugak awek dia tinggalkan dia akibat tersailang dek kawannya yang pailang.

Untuk makluman, gadis yang jadi awek dia ni sumpah hot..memang rambanglah mata aku tengok walaupun tak rambang hati. Berdenyut.. Banyak-banyak aweks TJ sampai JB ni aku dah usha masa ronda petang-petang..awek ni lah antara yang dapat markah penghargaan tertinggi Jelitawan Remaja edisi 2013 yang aku kasi. Nasib baik aku tak rambang hati..kalau tidak aku jampi je..puh kiri puh kanan..haktuih depan.. Aku plak yang sailang..hehe

Tersailangnya gadis remaja yang cantik manis bak 'kembang baru berputik hot ngetop bikin hati mau jadi kumbang nikmati madunya' itu buatkan aku terfikir bahawa kekacakan dan budi bahasa yang penuh ayat cinta semata bukanlah ukuran penentu segala. Kita kena ada satu perkara lain yang merupakan kuasa paling efisyen masa kini. Tapi kalo takde rupa pulak sape pun tak nak, kan?

Nampaknya aku kene interview beberapa gadis remaja tentang pandangan mereka. Setiap generasi punya citarasa sendiri. Sebab dorang gadis belia remaja la aku kena buat research jugak..kalo dorang wanita lain la..semua dalam poket seluar jeans lusuhku je.. Ahaks poyo!

Kita tengok nanti pailang ke kalau sailang awek orang?

No comments:

Post a Comment