Tuesday, August 28, 2012

CINTAKU PADA PARAS RUPAMU..

Salam Dunia, Aidil Fitri, Merdeka dan Hari Malaysia..camner dengan puasa anda semua? Mesti berteraburkan? Maklumlah masing-masing dah tua bangka..banyak alasan..Alasanmu bak kata EXIST..

Baru sebentar tadi haku berkomen-komen dalam fesbuk.. 'Nak cari isteri carilah yang tau ape itu PERIUK BELANGA..SUDU GARFU! - biar muka pecah pun tak pe!'- status teman sosial fesbukku juaga bekas awek temanku.. Ramai la yang komen dengan hujah-hujah yang logik dan sinikal..

Ade satu hujah dan komen dari teman sosialku yang menarik..lebih kurang gini bunyiknya 'bini tinggal kat umah..laki keluar bawak awek lain jalan..' Setelah aku komen 'bak kata UAI - Dok lawo x pe..bulih tutup lampu..' Terkedu gak aku baca komen dia..

Memang pun zaman sekarang (dari dulu lagi sebenarnya) kaum sejenis aku sukakan perempuan-perempuan cantik (termasuk aku hahahaha)..kalo keluar dengan kawan-kawan mesti bawak awek yang ngetop sampai member lain ketar kepala..dressing tak payah cakap..kalo jeling sikit terpaksa ketuk kepala lutut bertalu-talu..sume nak kasi member jeles..respek..silap ade gak member-member nak potong line..

Malahan sejak sekolah lagi perebutan ratu-ratu sekolah menjadi satu trend kepada pemuda-pemiuda harapan bangsa dan hampuras..bila dapat tekel mula la senyum sampai ke telinga..kawan sakat sikit jawab 'takde la..kawan je..'

Same la jugak dengan kaum yang aku minat tu..nak cari yang kacak-kacak..sasa, tampan dan beharta..paling kurang macam Aaron Aziz..boley nyanyi lagu ombak rindu time karaoke..bila kene 'selang' ngan rodong-rodong' baru padan muka..

Balik ke cerita asal..sebenarnya ramai laki yang kawen tak bawak bini dorang bersosial dengan rakan-rakan..jangan salah paham..bukan sebab bini dorang muka pecah rumah..atau macam bekho pancit..atau muka perlukan kertas pasir..bau bawang..rambut gerbang..ramai jugak laki yang punyai bini yang paras wajah mengalahkan ratu kebaya 60an..malahan lebih jelita..tapi pesal dorang tak bawak bini dorang keluar lepak dengan kawan-kawan?

Jawapannya senang je..kaum sejenis aku ni kuat cemburu..cemburu ye..bukan sebab dorang tak percayakan teman-teman lain akan ejas bini dorang pasal terlalu hot dan mantop..maklum la..kalo x tip top takkan dia buat bini..

Kerana lelaki tu kuat cemburu..cemburu caner? Haaaa..korang kan tau jawapannya..

Saturday, April 21, 2012

Bermulanya Epik


Salam kacak dan tampan untuk jejaka2 sealiran dan salam cun dan ayu untuk gadis2 yang tip top.

dah bertahun tidak ku tuangkan garapan serakahku ke laman yang penuh bermakna..pasti membuatkan ramai tertunggu-tunggu  hingga terlupa akan halaman asmaraku ini..haaa!

16hb lalu tergenaplah umur haku ke satu fasa baru.bila fasa baru pasti ada azam baru..bila ada azam baru pasti ada cerita baru...namun haku takde cerita2 baru yang best untuk digarap dan dituangkan..jadi haku terfikir..kenapa tidak haku cintakan satu kisah yang classy..yang punyai jiwanya yang tersendiri...yang bakal menjadi satu saga..

setelah termenung seketika sambil ditemani asap rokok dan bau kue tiaw goreng basah yang Ateh Katon makan...idea mula menjelma untuk mencipta satu saga...maka bermulalah saga...