Friday, August 16, 2013

Bukan Putera Pilhan

Lambat post - baru perasan ada draft..ggampeh

Salam Dunia. Salam 1 Malaysia. Salam Syawal. Salam Aidul Fitri. Salam kacak untuk diriku yang korang rindui dan salam ayu untuk gadis-gadis manis yang jelita.

Bagaimana dengan ramadhan korang? Puasa korang? Aku? Puasa aku..selesai..haha

Sekarang ramai yang masih dalam mood raya. Walaupun aku bukan dalam mood beraya tapi aku dalam mood open house. Giler korang..sape tak nak makan free? Kalo rumah sape-sape buat open house dan punyai menu kambing golek sila roger aku ye..gerenti berbaloi korang berbelanja besar demi juadah tersebut. Ramai yang sangat suka dengan raya ni sebab boleh collect duit bagi kanak-kanak dan bebudak kecik. Yang baru start nak baligh plak seronok dapat beraya sakan dengan boipren atau pakwe dan makwe masing-masing.

Bagi aku pulak raya juga bermaksud lambakan gadis-gadis jelita dengan pakaian yang cantik-cantik. Korang ingat senang ke nak tengok anak dara manis dress up meletop? Ingat mudah ke nak tonton gadis ayu berlesung pipit dipipi melaram tak ingat dunia? Ingat senang ke nak tekel dorang? Hahaha..

Ni plak nak masuk raya aji..yes! Lambakan gadis ayu akan menerjah kembali..