Friday, August 16, 2013

Bukan Putera Pilhan

Lambat post - baru perasan ada draft..ggampeh

Salam Dunia. Salam 1 Malaysia. Salam Syawal. Salam Aidul Fitri. Salam kacak untuk diriku yang korang rindui dan salam ayu untuk gadis-gadis manis yang jelita.

Bagaimana dengan ramadhan korang? Puasa korang? Aku? Puasa aku..selesai..haha

Sekarang ramai yang masih dalam mood raya. Walaupun aku bukan dalam mood beraya tapi aku dalam mood open house. Giler korang..sape tak nak makan free? Kalo rumah sape-sape buat open house dan punyai menu kambing golek sila roger aku ye..gerenti berbaloi korang berbelanja besar demi juadah tersebut. Ramai yang sangat suka dengan raya ni sebab boleh collect duit bagi kanak-kanak dan bebudak kecik. Yang baru start nak baligh plak seronok dapat beraya sakan dengan boipren atau pakwe dan makwe masing-masing.

Bagi aku pulak raya juga bermaksud lambakan gadis-gadis jelita dengan pakaian yang cantik-cantik. Korang ingat senang ke nak tengok anak dara manis dress up meletop? Ingat mudah ke nak tonton gadis ayu berlesung pipit dipipi melaram tak ingat dunia? Ingat senang ke nak tekel dorang? Hahaha..

Ni plak nak masuk raya aji..yes! Lambakan gadis ayu akan menerjah kembali..

Thursday, July 18, 2013

Zahir Tak Terucap

Nyata bukannya khayalan apa yang aku alami...ya..itu yang aku rasa..

ape yang aku rase bila aku tengok kesengalan jantan-jantan yang angkuh. angkuh depan wanita tapi super bacul bila berhadapan dengan jejaka yang lain. mulanya dulu aku tak tau wujudnya jantan sebegini rupa sebab tak terlintas langsung dibenakku bersikap demikian rupe.

aku tau kewujudan makhluk-makhluk sebegini pun atas pemerhatian setelah gadis-gadis manis mengadu kepadaku. aku mulanya langsung tak mempercayai. malahan aku menuduh kaum yang cantik ni cuba memfitnah rakan sejantinaku. maklumlah akibat cemburu atau iri hati kan..kan..kan..ha..

namun setelah aku amati demi memuaskan serakah hati wanita cantik dan anggun..aku terpaksa menelan hakikat kewujudan makhluk jadian sebangsa denganku ini. Banyak kes-kes berat sengaja dipencilkan. Akibatnya gadis-gadis manis kesayanganku ini menjadi mangsa. Tak lupa juga wanita-wanita cantik berstatus janda yang menggoda melara.

Ada yang aku perhatikan jantan-jantan macho ni seringkali mengugut dan berkasar dengan awek diorang..nak pijak la..nak katuk la..malahan ada juga ugutan berbaur 320b. Pergh..seram boh. Tapi yang memusykilkan kami jejaka pemuja wanita ialah mengapa ugutan tersebut sering diajukan kepada kekasih yang korang sayangi? Bang..kan dia awek lu, kang pape jadi kang lu merana. Dulu mase nak tekel macam-macam janji lu tabur bang..sanggup bersusah payah la..sanggup sehidup semati la..sanggup bertanggungjawab la..sanggup bekorban jiwa dan raga..sanggup ilang teruna la..opss..

Tapi bila jadi macam ni mula macam-macam. Berbagai ugutan korang kuarkan..

"Jangan main giler dengan i.."

"Baik aok kuar skg koy kat depan umah aok..kalo tak.."

Ni sume ugutan-ugutan yang telah aku tapis..nak bukak satu-satu? Pergh..seram bulu punggung koy weyh..

Tu bab ugut..belum lagi bab merayu-rayu bila nak pujuk. Kalah orang pompuan bersalin dia punya meroyan..sikit lagi nak gaya orang gila bayang..tak pun tahap-tahap jantan gila talak..siap lagu Firman wa cakap lu..

..sejujurnya..ku taq bisa..hidup tanpa ada kamu aku gila..

Jadah mende kalo time bercinta pun dah gila ugut-ugut..pijak-pijak..

...seandainya..aku bisa..ulang semua bla bla bla..

Nampak tak permainan dia kat situ? Dia nak ulangi semula semua tu..see? Dia nak ulangi kasih-kasih dengan korang..sayang-sayang..manja-manja..pastu pijak-pijak..maki, carut, ugut dan ntah pape lagi la..jangan la terpedaya haha..

Namun begitu tak semua kaum sejantinaku macam lahanat..banyak yang baik cuma sayang korang je tak jumpe lelaki yang berkualiti macam aku ni..tambahan pula everybody deserve a 2nd chance.. x salah kalo bagi peluangkan? Cuma terpulang pada masing masing..

Kalo aku kompem la aku akan bagi peluang tak terhingga..berkali-kali..sampai dia puas ati..dan lakukan lagi sebab tak kadar diri kata orang..awek cun mesti la kasi chance kan? Lantak la dia nak sakitkan ati aku ke..nak wat perangai gedik bajet hot kew..aku hadap jew..sampai lah hati dan otakku berkata.. ku punya harga diri!!!

Wednesday, July 17, 2013

Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Keciciran

Salam Rodong.

sebenarnya entry ni aku draf mase bulan pose ari tu.tapi ntah ngape plak xde mood nak nukilkan lantas aku save je jadi draf. dan hasilnya aku lupe ape aku nak tulis. haha. tadi aku dok belek-belek blog ni aku rase tak patut kalau dibiarkan tajuk tanpa isi dan penceritaan sebuah nukilan.

semenjak aku bermastautin dan berhijrah dari lubuk yang paling dalam aku mula jadi layu, tumpul dan berkarat. memang takde ape peristiwa yang gempak untuk dikongsi habaq ang...bukan takde langsung, cuma bila ada je mood penglipur lara tu yang hilang entah kemana..

ha..meh kita bicara tentang ke-yo aw aw-an sekeliling.ape yang aku dan kita-kita alami.tak setiap hari skali skale mesti pnh jumpe an?an?an? ha...an?

wahai kaum sejenisku yang gagah dan punyai cinta yang murni..pernahkah korang jumpe situasi rodong je..atau kawan-kawan je..bila ditanya siapa kalian oleh orang lain? faham? eh ape ke payah sangat korang nak paham? macam ni..korang ada satu orang awek yang korang minat,suke,cinta nak tekel akibat jatuh hati yang melampau..sampai tahap korang sanggup melepaskan pertalian diri kepada selain Dia yang korang damba..dan dia juga bagai memberi harapan padamu..korang da tahap teman tapi mesra dah..walau bukan tahap teman peraduan..haha..tapi bila dia ditanya oleh orang lain siapa korang sebenarnya..si gadis kesayangan korang akan cakap.. rodong koy je..kawan je..

ape perasaan korang?? takpe luahkan..luahkan kat abam nanti kat komen ye..

sebenarnya korang kene ingat..bukan si dia tu tak sayangkn korang..cuma dia prefer org lain..tapi tetap tak nak kehilangan korang..(yang korang bodoh sangat dok tunggu tu ngape?) dia mungkin atau maukan korang jadi pilihan terakhir..ye la..korang kan bagus..baik..bersopan santun..layanan istimewa..cuma satu je..korang kurang hensem..atau lebih tepat lagi tak hensem..atau huduh!

mane maunyer pompuan pada jantan2 tak hensem ni..jijik weh..bunyi macam fitnah tapi tu la hakikatnya..kalo tak percaya korang try uji aku bagi satu test..

amek dua orang lelaki sorang kacak sorang kureng..cóntoh korang letak spark dan lan boyot..suh mane2 awek pilih..kompem dia pilih spark pasal kacak..tak kisah la perangai macam mane pun..walaupun lan boyot tu baik hati..rajin..sopan santun..(ye ke? haha)

tapi kalo letak spark ngan mansaiko atau aku..kompem dorang pilih aku! pasal aku dah gosok çincin bomoh zaman matrik dulu..tak pun aku dah acu pisau rambo beserta nota ugutan! wakaka..

see? kekacakkan yang jadi pilihan..namun tetap ada cara untuk setel sume tu..kene pandai solve je..

kalo pompuan pun same..sian nasib kaum kegemaran aku ni..selalu jadi mangsa kerakusan dan tipu daya geng2 jantina same ngan aku..sori gadis2 ku sayang..abam tak dapat nak nolong..

sering diperdaya dengan kata2 manis..yang diperkukuhkan dek senyuman dari wajah tampan..hingga terlena dalam dakapan janji2 palsu..hatta dah terang-terang ternampak permainan disitu..alasan? sanggup je..

aku boleh je nak lantak lah atau kate peduli ke taik..tapi bila gadis genit lagi manis ni tersiksa sedikit sebanyak tetap mengguris dan meruntun jiwa ragaku..yang manis2 je tau..at last aku jugak terpaksa jadi wira panji putih memujuk hati mereka yang rawan..

ah..kan dah melalut jauh pergi dari tajuk asal..tu la aku ni pantang garap idea mula mencurah2..

opss..nampaknya punggungku mula mencemburui masa nukilanku dengan mengisyaratkan agar aku bertandang ke jamban..aduh spoil la..

aku akhiri dengan soalan uji minda yang bakal jadi rentetan post akan datang..

perlu ke jadi awek aku baru boleh kuar skali?
perlu ke bercinta dulu baru boleh tengok wayang?
perlu ke declare pape baru nak kuar makan?
perlu ke jadi skandal baru boleh kuar makan?
perlu ke kacak dulu baru nak berkawan?
perlu ke itu ini begitu begini?
KATE RODONG..!!

Sunday, July 14, 2013

Gone ke Pulok..

Start semalam badan aku lesu. Dada aku mula sebat. Hidung dok bersin je. Aku mula hilang tumpuan dan fokus. Untuk kembalikan fokus aku tarah rokok dua tiga batang. Sampai perit tekak. Masa asap rokok dok berkepul-kepul aku memang fokus. Tip top abes. Memang tabiat aku kalo study isap rokok. Lagi susah topik lagi dalam aku sedut. Lagi bernafsu aku pam. Lagi rakus aku hembus. Bila nikotin diserap paru-paru bercampur darah yang dipam terus ke otak, aku mula memahami satu persatu kupasan dalam topik tersebut. Ya..otakku dirangsang dan sedang menjana info-info. Otakku memproses maklumat dan simpan dengan baik. Bila aku perlukan aku cuma perlukan code untuk keluarkan kembali maklumat tersebut.

Masalahnya code tersebut perlukan penjana. Sumber penjana tu plak dari nikotin. Ya..nikotin yang tolong simpan maklumat. Dia jugak yang tolong keluarkan.

Aku tak nafikan bila study aku cepat faham. Boleh proses data dengan cepat dan tepat. Pantas dan tangkas. Tapi bila exam? Hampeh!! Mana boleh isap rokok dalam dewan periksa.. Gone ke Pulok..

Sekarang plak dada dah sebat. Aku isap rokok dah tak rase ape. Cuma tau asap keluar masuk. Nikmat dia plak dah hilang. Ahh..aku tukar plak rokok sejuk. Cuma kesejukan je aku rase saat hela hebusan asap yang padat dalam dada. Tak rase ape masih nak isap lagi. Dah tabiat,gone ke pulok..

Saturday, July 6, 2013

Jejaka Lindungan Bulan

Si Kacak Lindungan Bulan..itu gelaran yang aku lebih suka pakai berbanding gelaran sebenar Jejaka Lindungan Bulan..

Bila pakai Si Kacak Lindungan Bulan buatkan aku lebih konfiden. Sebab aku akan amat yakin dengan kekacakkanku ini. Pasti aku lebih tampan..berseri..dan punyai daya penarik bagaikan magnet.

Tapi aku terpaksa akur yang aku hanyalah Jejaka Lindungan Bulan..jejaka ye.. Jejaka..yang maksudnya lebih terarah kepada macho..berani..berkasisma..maskulin..kejantanan teruji..cuma tak jambu bunyi dia..ades..

Tapi apa ada pada nama kan? Bukankah dulu aku jugak kawan-kawan panggil man kishi, saiko, tok bomoh matrik, raja gelek, kaki cret, budak gemok, setan kembar, raja rimba, pendekar laut, ji fat..dah..dah..jangan nak mengarut..semua tu karut..semua tu poyo! Aku hanyalah..

JEJAKA LINDUNGAN BULAN.. ahaks!

Kiut kan?

TerSAILANG dek PAILANG

Kadang-kadang kita ni mudah lupa daratan. Selalunya kita mudah over confident. Banyak gadis-gadis ingat dorang manyak cantik, tapi jalan macam itik. Walaupun dah puas berpesan nak perasan. Tapi apa boleh buat bila dah berkisarkan perasaan.

Namum kisah entri haku kali ni bukan berkisarkan gadis-gadis remaja yang kiut-miut, atau wanita-wanita cantik yang sememanya menjadi idamanku, tapi lebih kddpada kaum sejenisku yang rakus bergelar lelaki. Walaubagaimanapun masakan aku boleh tinggalkan para cewek-cewek yang mantop bung..mesti ada gak terselit dan terkepit celah bedah kaum yang lemah gemalai bak daun nyiur melambai-lambai. Mana boleh tinggalkan kaum yang tersohor dengan gelaran peracun kalbu.

Tidak dinafikan bukan setakat wanita-wanita cantik saja yang menjadi rebutan. Malahan tak kurang kuantitinya makhluk bernama lelaki juga menjadi kegilaan remaja masa kini. Sebut je nama Aaron Aziz sume tak kisah kalau dimadukan. Apatah lagi kalau Adi Putra. Ramai wanita kat luar sana sanggup menjandakan bini Adi Putra semata-mata nak sailang. Ape la sangat setakat berkongsi kasih, hatta menjadi skandal sekalipun akak sanggup dik..sumpah tak tipu!

Banyak lagi kita dengar pasal selebriti-selebriti yang terjebak dalam gejala sailang menyailang ni. Ala..lumrah hidup la katakan.. Tu baru je bab artis sailang sesama sendiri, belum lagi artis kena sailang dengan tokoh-tokoh koperat. Lagi dahsyat permainan dia..kisah artis disailang yang kitau cuma segelintir je dari roman hidup masyarakat kita.

Cuba tanya kengkawan anda pernah kena sailang tak? Haku??..err..takpe lah..paham-paham je la..hehe

Semalam seorang temanku mengadu padaku. Bro..koy lara ni..awek koy tak nak dah ke koy..puas koy pujuk..dia tak nak jugak..

Ngape jadi gitu? Tanyaku..

Dia nok ke budok yang naik Satria Neo oren tu..rodong koy jugak..silap la koy bagi dia berkawan..rintih dia padaku dengan nada pilu.

NAH!! Satu cerita yang biasa bila kawan makan kawan. Cerita yang selalu kita dengar member sailang member. Walaupun temanku yang mengadu itu memang seorang yang jambu rebutan wanita, bergaya K-pop kegilaan ramai, andai dia upload video gwiyowinya ke utube pasti hitnya mencecah jutaan viewed..namun malangnya tetap jugak awek dia tinggalkan dia akibat tersailang dek kawannya yang pailang.

Untuk makluman, gadis yang jadi awek dia ni sumpah hot..memang rambanglah mata aku tengok walaupun tak rambang hati. Berdenyut.. Banyak-banyak aweks TJ sampai JB ni aku dah usha masa ronda petang-petang..awek ni lah antara yang dapat markah penghargaan tertinggi Jelitawan Remaja edisi 2013 yang aku kasi. Nasib baik aku tak rambang hati..kalau tidak aku jampi je..puh kiri puh kanan..haktuih depan.. Aku plak yang sailang..hehe

Tersailangnya gadis remaja yang cantik manis bak 'kembang baru berputik hot ngetop bikin hati mau jadi kumbang nikmati madunya' itu buatkan aku terfikir bahawa kekacakan dan budi bahasa yang penuh ayat cinta semata bukanlah ukuran penentu segala. Kita kena ada satu perkara lain yang merupakan kuasa paling efisyen masa kini. Tapi kalo takde rupa pulak sape pun tak nak, kan?

Nampaknya aku kene interview beberapa gadis remaja tentang pandangan mereka. Setiap generasi punya citarasa sendiri. Sebab dorang gadis belia remaja la aku kena buat research jugak..kalo dorang wanita lain la..semua dalam poket seluar jeans lusuhku je.. Ahaks poyo!

Kita tengok nanti pailang ke kalau sailang awek orang?