Thursday, November 27, 2014

Den Tokono Juo

Salam 1hati.
Salam jiwa-jiwa luka.
Salam mucuk.

Hari ni tarikh baru dalam kalendar duniawi..mengikut peredaran mentari. Hari ni juga satu peristiwa beso berlaku dalam kisah hidupku. Den tokono juo.

Korang bukan tak tau betapa haku ni kebal terhadap godaan2 wanita (kecuali gadis-gadis cantik lagi ayu). Apa la sangat setakat senyuman manja dan lirikan mata mereka. Atau liuk lenggok tubuh mereka yang lemah gemalai menghayun badan melangkah. Bak penari makyong yang melintik..tak goyang boh..

Walaupun redup matanya mendamaikan perasaan..yang buatkan jiwa lelaki ini tenang bagai dipupuk angin lalu..nyaman terasa bila disisi..gua tak heran geng...

Biarpun lunak suaranya bisa meruntunkan..gemersik melodikan lagu-lagu cinta bagai seruling anak gembala..melantunkan kidung nyanyian pari-pari dari kayangan..koy tak tumbang..

Hatta ayu wajahnya bagaikan dewi kayangan..bagai disuluh cahaya rembulan purnama 15..terang memancar cahaya rindu yang buatkan pungguk hilang malu dalam kerinduan..belum tentu aku tewas..

Tengok! Handal kan?

Setakat dugaan macam tu aku angkat kening sebelah je..mau bergetar segenap saraf anak gadis yang jelita..

Aku kenyit je mata..mau tersipu-sipu malu si rupawan bagai pengantin menanti malam pertama..diusik sanak saudara lepas seharian penat bersanding.

Belum lagi aku senyum..mau menari-nari bagai kena sawan tangis..siap meroyan lagi..

Sume boleh setel..

Tapi peliknya semalam aku kene counter plak..siot betoi..tak pernah jiwa aku berderau darah bila diusik gadis-gadis manja..tak pernah hati aku aku berdebar diuja wanita-wanita cantik bak model-model dan juara ratu kebaya..

Namun semalam den tokono juo..tengah dok layan-layan tenung mata..duk bukak hijabnya nak selami jiwa..sebelum dipapar layar impian yang terselindung dibalik kisah hidup si anak gadis ni..tup tup dia kenyit mata dgn kenyitan menggoda..

Pergh..berderau darah gua beb..spider-sense gua terus mengesan marabahaya..wajib cabot sebelum gua tewas..beb. kalo gua tunggu mau merana gadis-gadis ayu yang masih menagih cintaku ini..

Baik gua selamatkan jiwa gua dari melara akibat tergoda dan jatuh cinta dek panahan mata berbisa. Dari anak gadis yang tak tersangka..fuhh selamat gua..

Selama mana? Hahaha..
Den tokono juo!

Saturday, June 7, 2014

1st Time Gua Goyang, Boh..

Salam Dunia,
Salam Semua..

Hari ni aku rasa sedikit goyang walaupun excited. Padahal bapak banyak goyang. Super goyang. Teman baikku Eli talipon masat tengah lepak kat kenduri. Dia bising pasal tak dapat hubungi nombor Maxisku. Lantas dia tipon no Celcom.

Dia terus sampaikan perkara yang mengujakan hatiku..haha..'dia' izinkan bagi no kat aok..kata Eli..yes!!!

Mau tak teruja dapat kontek orang yang lame tak bertemu..last sekali tahun 99 masa zaman SPM boh..ntah dia ingat lagi tak dia kat aku?

Member aku suh aku mulakan mesej..mane aku reti aku cakap. Dah 6 tahun aku menjanda!!! Hahaha

Malam ni aku makin goyang nak susun ayat apa untuk mulakan perbualan..makin goyang..haha last2 aku mesej je..

"Assalamualaikum, saya ****** ex-smadnkk.masih ingat lagi x budak gemuk yg bertahi lalat kat pipi?"

See? Karut kan? Sebab tu la aku cakap aku goyang..haha. mane pegi auraku yang sepower kuasa Merempuh Bintang milik Jerung Raksasa? Haha..goyang nunggu jawapan ni boh..goyang..adios

Tuesday, June 3, 2014

Polisi Wajah dan Fizikal

Salam Dunia..

Sekian lama aku tak update entry terbaru mengikut tarikh..makin luput pecinta2 yang dahagakan kasih sayangku..ya..kasih sayangku yang dicurahkan melalui garapan2 yang menusuk kalbu. Padahal aku ada juga menulis sepotong dua entry dan save dalam draft tapi bila post ianya tak jd new entry..sebaliknya ikut tarikh mula2 draft yang aku create. Sampailah zap a.k.a Don al Zhafrino tegur yang aku dah lama x wat entry baru. Wah..dahaga sungguh dia kasih sayangku ini ye..xpe aku curahkan..

Entry kali ni sebenarnya takde kaitan pun dengan tajuk. Kalau ada pun mungkin cotek2 je kate Miss Senget atau Kak Eton Kg Tebal, Seberang Temerloh..(padan muka miss namamu jadi sebutan)

Perkara yang nak disentuh ni tercipta bila aku dok borak2 dengan temanku Adlan Shukor (saje sebut nama lan pasal tadi dah janji nak letak nama dia dalam entry baru..walaupun mungkin bukan orang yang sebenar). Cerita kami berkisarkan tentang gadis2 jelita menginginkan teman dari kalangan lelaki yang kacak2..sepertiku. ala..same je yang kepala gonjeng pun nak awek macam Lisa Surihani..(kan tipi kan?)

Biasalah dah kate manusia..mesti nak cari yang sempurna..muka cantik (walau soalan bodoh yang ditanya), badan lawa..biarpun hakikatnya 24 jam dok tahan nafas xnak kantoi perut gendut..haha..bak kate orang putih bimbo.. beautifool.. (beauty+fool)..

Tapi kami kaum jantan trang tang tang ni peduli hape..janji lawo..ye dok?

Ah..mula la terpesong..kita balik ke topik asal..paras rupa memang diangankan setiap insan..hatta orang tu berasal dari Uganda sekalipun..tapi aku cakap balik..macam mana tak kekalnya paras rupa macam tu la hubungan yang berdasarkan rupa ni.. ye kew?

Iye..cuba cek balik..mengikut teori Sunan Saiko "cinta pandang pertama adalah berdasarkan nafsu"..why? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Sebab dah lumrah kita ni manusia suka pada yang lawa2 dan cantik2..sape penah jatuh cinta pada Siamang? Atau pada cadbury? Atau pada ulat gonggok? See? Sedang jatuh cinta pandang pertama pada ulat gonggok..sawan ke ape?

Tuan2 dan puan2, hujah ini membuktikan bahawa cinta pandang pertama adalah cinta berdasarkan nafsu (chewah..macam tengah bagi ceramah politik pulok rase..)

Dan nafsu itu tidak kekal lama kerana bila dah dapat dia mula cool down..mula la longlai..lemah tak bermaya..walau ianya akan kembali melanda..hoho. bak kate orang.. dah dapat..kuis la pakai kaki jew..
Cane la nak kekal cinta pandang pertama ni sedangkan nafsu pun tak kekal mane.. namun jika kena caranya kekal jugak..tak pun lama gak la bertahan..kurang2 tunggu sampai kerepot..atau garis2 halus tanda2 penuaan mula muncul..haha

So jenis ini punya cinta kita letak dalam terma short term relationship.. jenis2 one night stand punya hubungan..kaki cret..pengikis dan penggoda.. (huh, penggoda? I rela u..)

Untuk mid term dan long term kite cite di lain hari dan lain entry..mata aku pun dah rabak..awek2 dalam watsap pun da merengek2 minta perhatian..sori la sebab dorang kategori cun maka dengan wajibnya aku memaksa diri melayan..ngehehe..

Akhir kalam..nafsu tak pernah puas..kena caranya ketuk lutut pun tak guna..