Tuesday, June 3, 2014

Polisi Wajah dan Fizikal

Salam Dunia..

Sekian lama aku tak update entry terbaru mengikut tarikh..makin luput pecinta2 yang dahagakan kasih sayangku..ya..kasih sayangku yang dicurahkan melalui garapan2 yang menusuk kalbu. Padahal aku ada juga menulis sepotong dua entry dan save dalam draft tapi bila post ianya tak jd new entry..sebaliknya ikut tarikh mula2 draft yang aku create. Sampailah zap a.k.a Don al Zhafrino tegur yang aku dah lama x wat entry baru. Wah..dahaga sungguh dia kasih sayangku ini ye..xpe aku curahkan..

Entry kali ni sebenarnya takde kaitan pun dengan tajuk. Kalau ada pun mungkin cotek2 je kate Miss Senget atau Kak Eton Kg Tebal, Seberang Temerloh..(padan muka miss namamu jadi sebutan)

Perkara yang nak disentuh ni tercipta bila aku dok borak2 dengan temanku Adlan Shukor (saje sebut nama lan pasal tadi dah janji nak letak nama dia dalam entry baru..walaupun mungkin bukan orang yang sebenar). Cerita kami berkisarkan tentang gadis2 jelita menginginkan teman dari kalangan lelaki yang kacak2..sepertiku. ala..same je yang kepala gonjeng pun nak awek macam Lisa Surihani..(kan tipi kan?)

Biasalah dah kate manusia..mesti nak cari yang sempurna..muka cantik (walau soalan bodoh yang ditanya), badan lawa..biarpun hakikatnya 24 jam dok tahan nafas xnak kantoi perut gendut..haha..bak kate orang putih bimbo.. beautifool.. (beauty+fool)..

Tapi kami kaum jantan trang tang tang ni peduli hape..janji lawo..ye dok?

Ah..mula la terpesong..kita balik ke topik asal..paras rupa memang diangankan setiap insan..hatta orang tu berasal dari Uganda sekalipun..tapi aku cakap balik..macam mana tak kekalnya paras rupa macam tu la hubungan yang berdasarkan rupa ni.. ye kew?

Iye..cuba cek balik..mengikut teori Sunan Saiko "cinta pandang pertama adalah berdasarkan nafsu"..why? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Sebab dah lumrah kita ni manusia suka pada yang lawa2 dan cantik2..sape penah jatuh cinta pada Siamang? Atau pada cadbury? Atau pada ulat gonggok? See? Sedang jatuh cinta pandang pertama pada ulat gonggok..sawan ke ape?

Tuan2 dan puan2, hujah ini membuktikan bahawa cinta pandang pertama adalah cinta berdasarkan nafsu (chewah..macam tengah bagi ceramah politik pulok rase..)

Dan nafsu itu tidak kekal lama kerana bila dah dapat dia mula cool down..mula la longlai..lemah tak bermaya..walau ianya akan kembali melanda..hoho. bak kate orang.. dah dapat..kuis la pakai kaki jew..
Cane la nak kekal cinta pandang pertama ni sedangkan nafsu pun tak kekal mane.. namun jika kena caranya kekal jugak..tak pun lama gak la bertahan..kurang2 tunggu sampai kerepot..atau garis2 halus tanda2 penuaan mula muncul..haha

So jenis ini punya cinta kita letak dalam terma short term relationship.. jenis2 one night stand punya hubungan..kaki cret..pengikis dan penggoda.. (huh, penggoda? I rela u..)

Untuk mid term dan long term kite cite di lain hari dan lain entry..mata aku pun dah rabak..awek2 dalam watsap pun da merengek2 minta perhatian..sori la sebab dorang kategori cun maka dengan wajibnya aku memaksa diri melayan..ngehehe..

Akhir kalam..nafsu tak pernah puas..kena caranya ketuk lutut pun tak guna..

1 comment: