Sunday, July 14, 2013

Gone ke Pulok..

Start semalam badan aku lesu. Dada aku mula sebat. Hidung dok bersin je. Aku mula hilang tumpuan dan fokus. Untuk kembalikan fokus aku tarah rokok dua tiga batang. Sampai perit tekak. Masa asap rokok dok berkepul-kepul aku memang fokus. Tip top abes. Memang tabiat aku kalo study isap rokok. Lagi susah topik lagi dalam aku sedut. Lagi bernafsu aku pam. Lagi rakus aku hembus. Bila nikotin diserap paru-paru bercampur darah yang dipam terus ke otak, aku mula memahami satu persatu kupasan dalam topik tersebut. Ya..otakku dirangsang dan sedang menjana info-info. Otakku memproses maklumat dan simpan dengan baik. Bila aku perlukan aku cuma perlukan code untuk keluarkan kembali maklumat tersebut.

Masalahnya code tersebut perlukan penjana. Sumber penjana tu plak dari nikotin. Ya..nikotin yang tolong simpan maklumat. Dia jugak yang tolong keluarkan.

Aku tak nafikan bila study aku cepat faham. Boleh proses data dengan cepat dan tepat. Pantas dan tangkas. Tapi bila exam? Hampeh!! Mana boleh isap rokok dalam dewan periksa.. Gone ke Pulok..

Sekarang plak dada dah sebat. Aku isap rokok dah tak rase ape. Cuma tau asap keluar masuk. Nikmat dia plak dah hilang. Ahh..aku tukar plak rokok sejuk. Cuma kesejukan je aku rase saat hela hebusan asap yang padat dalam dada. Tak rase ape masih nak isap lagi. Dah tabiat,gone ke pulok..

No comments:

Post a Comment