Wednesday, January 21, 2015

Pesona Sang Dewi

Dalam sebal Jejaka Lindungan Bulan bermunajat kepada Ilahi..

"Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah ya Tuhanku,
dikejauhan tempat, waktu dan umurku..
Aku memohon kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta rezeki buat kasihku Seri Dewi Malam..
Kau ampunilah dosa2 dia, ibu bapanya..
cukupkanlah keperluan makan, minum dan pakaian dia..
limpahilah kurnia dan Rahmatmu ya Allah..Tuhan yang Maha Agung lagi Berkuasa membolak-balikkan hati semua hambaNya..
sesungguhnya sifat kasih sayangMu mendahului kemurkaanMu..
kasihanilah kami..
Kau lindungilah kesayanganku ini dan Kau kabulkanlah doaku buat dia,
kerana aku amat menyayanginya..
walaupun kasih sayangku tidak seagung kasihMu..
dan dia adalah wanita pertamaku..
jadikan airmata kami yang lemah ini sebagai kekuatan untuk kembali lagi..
sesungguhnya Engkau Tuhan  Maha Pengurnia..
amin ya Rabbal alamin."

Sebak juga bila mendengar rintihan jiwa seorang lelaki yang biasanya dianggap perkasa melebihi kaum Hawa.

No comments:

Post a Comment